Friday 29 April 2011

Rugi Setahun??!!


Untung dan rugi. Dua patah perkatan yang membawa maksud yang berlawanan. Sepatah perkataan membawa maksud kepada kebaikan, dan sepatah lagi membawa makna ke arah kekurangan ataupun keburukan.

Sudah ditetapkan bg SMAAZ –Sekolah kami dan sekolah kita-, untuk mewajibkan kemasukan Tahfidz selama setahun sebelum bersambung ke Tingkatan 4 kecuali bagi sesiapa yang sudah tamat ataupun yang hampir-hampir habis menghafaz Al-Qur’an.

Mengapa Tahfidz (Hafazan) Menjadi Keutamaan?
Firman Allah ta’ala yang bermaksud,
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”

Highlightnya di sini, ialah perkataan “Bacalah”. Pada zaman Nabi Muhammad shallallhu ‘alaihi wa sallam, apabila wahyu diturunkan atas Baginda, ayat tersebut terus diserap (dihafal) oleh baginda shallallhu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radhiyallahu ‘anhum. Mengapa mereka terus menghafal?

Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat,
Asal perkataan “Bacalah” ialah “Hafazlah” atau “Ingatilah”.
Apabila ada perkataan baca, pastinya ia memerlukan sebarang tulisan samada yang ia fahami mahupun tidak. Contohnya, para pembaca yang membaca tulisan saya ini. Tetapi pada zaman baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam, tulisan masih belum diperkenalkan. Tambahan pula, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam itukan ummi? Inilah yang dikatakan mu’jizat Al-Qur’an yang mana senantiasa mengikut peredaran zaman.

Kembali pada tulisan “Bacalah”. Mengikut tatabahasa Bahasa Melayu, apabila perkataan perbuatan digabungkan dengan perkataan “lah”, ia akan membawa maksud suruhan. Untuk itu, asal perkataan “Bacalah” ialah “Hafallah” yang mana ianya merupakan suruhan Allah subhanahu wa ta’ala atau mengikut ‘Nahu’ (tatabahasa) Bahasa ‘Arab sebagai ‘fi’lul amri’.

Walaupun sesetengah ‘ulama’ menafsirkan perkataan “Bacalah” menurut fahaman masa kini, namun pengembalian maqasid kita kepada makna yang asal akan membawa kepada keberkatan dari-Nya di samping dengan pendekatan kita pada fahaman masa kini.


Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat,
Saya sering-sering saja terdengar perkataan yang bunyinya agak jelek dan pelik. Saya amat hairan dengan bunyi perkataan tersebut yang bunyinya lebih kurang begini:

“Kalau masuk tahfidz dekat SMAAZ, makanya kita bakal rugi setahun.”

Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat,
Tidakkah kalian berasa malu apabila saudara atau saudari kita mengatakan “Rugi setahun”. Bagi saya, perkataan itu tidak mungkin dituturkan oleh seorang yang mengaku dirinya sebagai mu’min.

Kenapa saya katakan begitu? Ikhwah dan akhawat bolehlah rujuk kembali introduction bagi post ini kembali. Ya!! Kan untung dan rugi itu beza benar ya?

Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat,
Kenapakah kalian mengatakan rugi setahun? Apakah rugi kerana tidak mempelajari ilmu akademik? Persoalannya di sini, kalam yang anda tatap, anda sebut dan anda lafaz setiap hari samada dalam solat mahupun diluarnya ialah kalam Allah. Apakah buku-buku akademik itu lebih tinggi darjatnya daripada Kalam Allah? Bukan maksud tujuan penulisan ini untuk tidak menggalakkan kalian mempelajari ilmu akademik! Tetapi ianya adalah untuk menggalakkan lagi kebersamaan hati kita dengan Al-Qur’an.

Kenapa kalian katakan rugi setahun? Padahal dengan menghafaz Al-Qur’an, untungnya bukan setahun, bukan juga di Dunia, malah di Akhirat lebih-lebih lagilah!

Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat,
-Alhamdulillah- Saya sebagai manusia yang telah ditakdirkan Allah untuk menghafal Al-Qur’an sejak kecil lagi. Sejak kecil lagi, untungnya udah tiba. Apabila umur bertambah, untungnya berlipat ganda. Dan sekarang, untungnya gila-gila!! Tak terbayang. (Kalau ikut ayat Ust. Sayuti “Tak terhetong”.) Inikan baru di dunia. Bukan lagi di Akhirat.
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermafhum:
“Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang mempelajari dan mengajarkan Al-Qur’an.”
HR Bukhari dari ‘Utsman bin ‘Affan.

Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat,
Seorang guru matematik ingin menjadikan muridnya pakar dalam matapelajaran matematik, ataupun menjadikan muridnya berstatus iQ tinggi. Mana mungkin seorang guru bisa melentur muridnya menjadi pakar sebelum dirinya dilentur!! Bagaimana ya dirinya dilentur? Ya!! Mudah aja, iaitu dengan mengingati formula-formula yang banyak dalam ilmu matematik.

Tambahan pula, ianya ilmu Al-Qur’an. Mana mungkin seorang ustaz mampu mengajarkan Kalam Allah itu padahal hatinya masih belum lagi dijinak dan dicairkan dengan Al-Qur’an. Bagaimana pula untuk menjinakkan hati dengan Al-Qur’an?
Salah satu caranya iaitu dengan menhafaznya. Keywordnya, hafazan mampu melahirkan manusia yang mampu mengawal segala jenis ilmu. Tidak kiralah samada ianya ilmu akademik mahupun ilmu agama.

Oleh itu Ayyuhal Ikhwah wa Akhawat, tulisan saya ini sebenarnya bukanlah untuk menyuluh, bahkan lebih-lebih lagi untuk disuluh.-check balik title blog nih! Wawawa.- Tujuan sebenar penulisan ini hanyalah dari luahan hati dan perasaan bercampur dengan perkongsian idea bersama.

-Yang Baik itu Datang daripada Allah / Yang Lemah Semuanya Datang daripada Kedha’ifan Diri Sendiri-

Wallahu a’lam...

Sumber:
‘Riyadhush Shalihiin’, Imam An-Nawawi rahimahullah
Ustaz Al-Hasan, Hadhramawt.
Ustaz Sayuti, Al-Azhar.
http://thufailsayuti.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment