Friday 29 April 2011

Sabarku di Medan Azhar!

Nukilan Ahmad Akmal Wan Muhayuddin; Hafiz Sulong Al-Azhar.

 "..Waduh2..panas nih...nasib baik ana pakai baju t-shirt kat dalam jubah ni....kalau tak...memang mandi peluh la ana ni.." keluh seorang sahabat ketika pulang dari Masjid Al-A`la...selepas menunaikan solat Jumaat..



Pengalaman ku di bumi Azhar...terlalu banyak keluhan dan ungkapan yang membangkitkan obor kelemahan jiwa kedengaran...terlalu kerap..

Kerana??

Sungguh, Al-Azhar ini merupakan sebuah medan yang benar-benar menguji ketabahan dan kesabaran...Mungkin "mereka" berhak mengatakan:

"..Alah..standard laa...sekolah lain pun susah jugak...nak belajar.. mesti lah kena berkorban!.."

"...Macam la Azhar tu miskin sangat...sama je macam sekolah lain...bangunan, makmal, komputer, macam biasa la...apa yang kurangnya??..."

Namun..."kami" yang merasai bahang kepahitannya lebih memahami...

Benar kata pepatah arab...[Siapa yang MERASA, dia yang MENGETAHUI!]

Terutamanya our first batch...of SmAz!!

Apa yang "teruji" sangat di bumi Azhar ni?

Huh...mudah sahaja di sebut..namun tidak akan sama rasanya pada bahu yang memikul...

Siangnya...
Hafazan Quran..Kelas ilmiah akademik dan diniah...dengan cuaca yang sering menjanjikan kepanasan...

Tips nak berjaya di SMAZ??

"..Antum kena hafal semua maddah yang kita belajar..."

Itu baru Diniah!! Akademik juga tak dilupakan...

"...Subjek-subjek ni penting untuk masa depan antum semua ni..."

Hafazan Quran!!

"...Kullu yaum..aqallusy-syai`, `Arba`ah sofhat..!"

Dan banyak lagi cabaran yang "kami" tempuhi hanya untuk mencapai satu misi...

Tak pernah rasa nak pindah ke??

Pindah??

Selalu terfikir...dan perancangan ke arah itu sudah terlalu banyak...

Sebab-sebab mahu berpindah?

Mudah...

"Sekolah kita ni tak sistematik langsung.."

"Disiplin kita teruk sangat.."

"..Ana tension betul dengan pelajaran kat sekolah ni...banyak sangat...ana tak boleh fokus!!"

"..Ana tak suka la dia tuh...suka betul denda org ikut hati dia je..."

Dan bermacam alasan lagi...

Persoalan...

Kenapa aku tergerak untuk menulis semua ini...

Bukan hanya sekadar melepaskan ledakan jiwa yang kian lama mencengkam diri...

Lantas membungkam mulut untuk bertutur...

Kerana...

Pada suatu hari...

"..Ana rasa menyesal sangat pindah dari sekolah ni....tengok la...anta pun dah jadi hafiz...kalau ana stay lagi...insyaallah ana pun hafiz mcm anta kan?? Rugi kan pindah?? AAaaaaHHhh!!! Menyesal betul...KALAULAH DULU TU ANA LEBIH BERSABAR...."

Ini satu keluhan realiti yang terpacul dari seorang insan..

Yang kini hanya bergelar..

bekas pelajar Sekolah Menengah Al-Azhar...

Tulus dari hati yang murni..

Telus dari lisan yang jujur...

AYYUHAL IKHWAH!!

Sungguh Allah itu Maha Kaya...dan Dia mampu memberi nikmat Nya pada sesiapa jua yang dikehendaki...

Praise be to Allah!

Atas satu nikmat yang dikecapi bersama di medan Azhar ini...

Namun ramai yang tidak menyedarinya...

SABAR!!

"Kami" juga insan biasa...

Yang semestinya inginkan perubahan dalam hidup ini...

Namun "kami" ini dipilih Allah...

Untuk TERUS BERSABAR dalam menempuh liku berduri ini...

"Kami" di tentukan untuk TERUS BERDIRI di jalan ini...

Biar jatuh tersadung...

"Kami" bangkit kembali...

Biar sakit rasanya...

"Kami" akan TERUS TETAP di sini...

Kerana "kami" yakin....

Ini pasti satu susunan takdir..

Yang menyimpan seribu satu hikmah...

Teringat pula kisah "kami" ketika pulang dari masjid al-A`la...

Seusai solat Jumaat...

Kami menaiki bas ust. Borhan yang serba lama...

Pasti sekali tidak tersedia padanya penghawa dingin...

Namun cukup selesa pada pandangan "kami"!!

Tika itu...

Datang sebuah bas sekolah yang lain mengambil tempat di sisi bas "kami"...

Kenderaan "mereka" dilengkapi siap dengan penghawa dingin...

Set televisyen...

Pemain CD putar...

Cukup segala kemudahan yang menggambarkan kemewahan "mereka"...

Lantas "mereka" memandang "kami"...

Yang sedang giat mengipas diri masing-masing..

Ibarat telur dipanggang bara...

Lantas..

"Mereka" "BERPURA-PURA" menggigil..

"BERPURA-PURA" menahan kesejukan yang amat sangat melalui penghawa dingin...

Sambil tertawa beramai-ramai...

dengan renungan mengejek...

Hhhhmmmm....

"Kami" di sini tersenyum dek gelagat "LUCU" "mereka"...

Kata hatiku...

"..Biarkan "mereka"...Kerana Allah telah memilih "kami" untuk berada dalam kesusahan dan kepayahan ini..."Kami" yakin pada rahsia hikmahNya...Malah ia membuatkan kami sedar...bahawa "KAMI" SEDANG di DIDIK UNTUK TERUS SENYUM DALAM KEPAYAHAN...KERNA ITULAH ERTI SEBUAH KESABARAN..."

[doakan "KITA" terus-menerus berjalan seiringan atas jalan-Nya]

1 comments:

teruskan perjuangan kalian. Allah bersama kalian sume :)

Post a Comment